Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerusi anak syarikatnya, PNB Development Sdn Bhd (PNBD) membina sebuah kemudahan kompleks sukan bertaraf antarabangsa di Kota Seriemas, dekat sini. Pembinaan itu adalah selaras dengan hasrat membangunkan komuniti cergas dan rancak serta menyumbang kepada pembangunan sukan bola sepak negara.

Kompleks sukan yang dikenali sebagai ‘Seriemas Sportsplex’ itu dilengkapi dengan kemudahan dua buah padang bola sepak dan tiga buah padang futsal yang menggunakan sistem pencahayaan pintar automatik dan rumput tiruan berkualiti mengikut pempiawaian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), ‘FIFA Quality Pro.

https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2023/05/1104086/kota-seriemas-kini-dilengkapi-kompleks-sukan-antarabangsa