Governance

PERSEKITARAN BEBAS RASUAH

Kami komited dalam mengguna pakai piawaian tertinggi tingkah laku integriti dan etika di setiap aspek aktiviti dan operasi perniagaan kami. Kami menerapkan Persekitaran Perniagaan Bebas Rsuah daripada segala bentuk rasuah dan suapan, dan mengambil pendirian tegas terhadap perilaku tersebut.
PNBD as a wholly-owned subsidiary of Permodalan Nasional Berhad (PNB) pledges to further strengthen the PNB Group’s initiative to create a corruption-free business environment aimed at convincing our sole shareholder, PNB, as well as its stakeholders to conduct business according to the highest level of integrity, ethical standards and accountability.

PEMBERI MAKLUMAT

PNBD komited kepada piawaian tertinggi dalam mengamalkan sikap terbuka, kejujuran dan akauntabiliti. Selaras dengan komitmen tersebut, PNBD mengalu-alukan sesiapa yang mempunyai maklumat terhadap sebarang salah perilaku dalam organisasi PNBD untuk tampil dan menyuarakan keprihatinan mereka. Untuk memberi sebarang maklumat, sila klik di bawah.

CARA MELAPORKAN SEBARANG KETIDAKPATUHAN, PENIPUAN, RASUAH ATAU SOGOKAN

KOD ETIKA PERNIAGAAN (CoBE) KUMPULAN PNBD

CoBE ini terpakai kepada Ahli Lembaga Pengarah, pengurusan, pekerja, pihak berkepentingan Kumpulan PNBD serta rakan perniagaannya. Mereka hendaklah bertindak dan bekerja dengan jujur dan berintegriti pada setiap masa dan mematuhi CoBE ini. Untuk butiran terperinci mengenai CoBE ini, sila klik di bawah.

PERNYATAAN POLISI PENCEGAHAN SOGOKAN DAN PENCEGAHAN RASUAH KUMPULAN PNBD (Pernyataan Polisi ABC Kumpulan PNBD)

Pernyataan Polisi ABC Kumpulan PNBD ini menetapkan tanggungjawab Lembaga Pengarah, pengurusan kanan, pekerja, pihak berkepentingan Kumpulan PNBD serta rakan perniagaannya berkenaan dengan memperhatikan dan menegakkan prinsip Persekitaran Perniagaan Bebas Sogokan/Rasuah, yang merupakan sebahagian daripada usaha pencegahan rasuah Kumpulan PNBD. Ianya juga memberikan panduan dan sebilangan besar standard yang wajib dipatuhi oleh mereka, tanpa terkecuali. Untuk perincian mengenai Pernyataan Polisi ABC Kumpulan PNBD, sila klik di bawah.